Negeri:Selangor,Shah Alam
Sekolah:SK Seksyen Enam
Sekolah Menengah:SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Nama:Irfan Wafi Bin Ramli
Rajah di atas menunjukkan cara-cara mengawal masalah kolestrol.Kolestrol dapat membantukan pembentukan sel baru dan hormon.Namun,ia juga dapat memberikan kolestrol tinggi.
Bersenam merupakan salah satu cara untuk mengawal masalah kolestrol.Oleh itu,aktiviti ini seeloknya dilakukan tiga kali seminggu agar badan menjadi cergas dan aktif.Selain itu,kita sepatutnya banyak makan-makanan yang sesuai seperti buah-buahan dan sayur-sayuran supaya dapat menghindarkan diri kita daripada penyakit berbahaya seperti kanser.Seterusnya,kita perlulah kurangkan berat badan dengan melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal.Hal ini akan membuat badan kita sihat dan otak kita cerdas serta mengeluarkan peluh daripada badan.Di samping itu,kita perlulah berhenti merokok untuk mengelakkan diri kita daripada penyakit kronik seperti angin ahmar.
Kesimpulannya,masyarakat hendaklah mengawal masalah kolestrol agar hidup menjadi aman dan bahagia.Bak kata pepatah,hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.
Ulasan Sekolah Rendah
Friday, 3 February 2017
Cara-cara menjaga kesihatan gigi Ulasan
Negeri:Selangor,Shah Alam
Sekolah:SK Seksyen Enam
Sekolah Menengah:SMK Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah
Sekolah Menengah:SMK Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah
Nama:Irfan Wafi Bin Ramli
Rajah di atas menunjukkan cara-cara menjaga kesihatan gigi.Gigi merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut haiwan dan manusia supaya dapat memotong dan menguyah makanan.Oleh itu,kita sepatutnya menjaganya dengan baik.
Antara cara untuk menjaga kesihatan gigi kita ialah menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi fluorida supaya gigi kita menjadi bersih dan putih.Selain itu,kita perlu mengurangkan makan-makanan berat.Seterusnya,kita haruslah menjalani pemeriksaan dan rawatan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.Hal ini akan mengelakkan gigi kita daripada penyakit seperti gigi karies.Di samping itu,kita hendaklah menukar berus gigi setiap empat bulan sekali supaya tiada sisa makanan pada gigi kita.
Kesimpulannya,kita sewajarnya menjaga gigi kita dengan baik agar ia kekal sepanjang hayat.Bak kata pepatah,mencegah lebih baik daripada mengubati.
Subscribe to:
Posts (Atom)